sahabat
sahabat dari segi istilah pula mensyaratkan bahawa seorang sahabat itu mesti mampu menjadi, bukan cuma sahabat malahan musuh pada masa yang sama. jika difikir pada akliah yang waras, mungkinkah ada individu yang berupaya menjadi sahabat mengikut kondisi istilah? musuh disini bukanlah seperti ‘musuh dalam selimut’; berlagak santun dihadapan tapi menusuk sembilu dari belakang. peribadi musuh ini sebenarnya adalah keupayaan menentang yakni menyuarakan pro dan kontra suatu hal atau dalam sebarang modus operandi. mungkin lebih mudah jika dikatakan ‘musuh’ demi menghasilkan positiviti mahupun kecemerlangan, pada sahabatnya. sentiasa memberi tanpa mengharap. namun tidak pula sekali-kali berhenti berharap pada ALLAH yang ESA, dengan iringan usaha; agar diperkenan sebarang permohonan.
sahabat mengikut pengertian bahasa biasanya menyayangi sahabatnya teramat sangat hinggakan sayang itu menjadi memakan diri sahabatnya; dan sahabat ini juga mampu membenci sahabatnya sampaikan benci itu menjadikan akal sahabatnya kucar-kacir, merewang tanpa haluan. sahabat kategori ini sebenarnya miliki keistimewaan. dia punya sukma dengan keistimewaan deria keenam; mampu leraikan sebarang simpulan dan tafsirkan yang tersurat mahupun yang tersirat. cuma… gagal lorongkan sahabatnya kejalan yang wajar. kerana apa? kerana dia sendiri tidak berdiri ataupun bertapak pada landasan akal.
seperti sahabat pada pengertian bahasa, sahabat dari definisi istilah juga punya rasa sayang pada sahabatnya sehingga sanggup bergadai nyawa sama seperti sahabat pada bahasa. yang membezakan adalah teknik mempersembah rasa kepada para sahabatnya. sahabat mengikut konteks bahasa biasanya mensuratkan rasa secara terangan, tetapi suratannya sukar menampakkan jujur dirinya terhadap rasa itu. sahabat dalam konteks istilah pula, biasanya mensiratkan rasa dalam gusar. sengaja membiarkan sahabatnya menghitung kira keikhlasannya menzahirkan rasa. sengaja mendera mata fikir sahabatnya kerana dari situ nanti sahabatnya akan bertemu konklusi yang sewajarnya.
sahabat pada bahasa akan mendoakan kita dan kita ‘tahu’ itu; sahabat pada istilah juga akan mendoakan kita dan kita ‘yakin’ akan itu. percayalah yang kita ‘tahu’, ikhlas dan jujurnya belum tentu; tapi yang kita ‘yakin’ itulah yang pasti jujur - ikhlasnya. jujur dan ikhlas punya erti yang berbeza sahabat sekalian. berbeza mengikut terjemahan minda masing-masing.
# jujur dan ikhlas adalah tanggungjawab pemberi dan penerima. hanya pemberi tahu sejauh mana kejujurannya memberi; dan hanya penerima dapat menilai keikhlasan si pemberi. sejujurnya, pengertian sahabat teramat dalam dan abstrak. serasanya, ikhlaskah kita dalam persahabatan……..
sahabat pada bahasa akan selalu buat kita keliru pada rasanya. dia bergelak tawa bersama tapi tutur katanya kasar menghiris, kelopak matanya menakung titisan menanti bah. sahabat pada istilah adalah ‘frank person’. dia bukan insan yang lahir sebagai ‘pelakon’; tidak tahu fleksibelkan diri. dia akan tangisi kesedihan kita; bimbangkan segala kerisauan kita; tertawa dalam kegembiraan kita dan mengaspirasikan matlamat kita. dia unya upaya menjadi tulang belakang kita dan sahabat pada bahasa perlu sebagai tulang rusuk kita. masing-masing punya kepentingan tersendiri pada kita. oleh kerana itu, dalam 1000 sahabat pada bahasa moleklah kiranya ada 1 sahabat pada istilah.
sahabat pada bahasa bersama kita hampir setiap detik dan ketika. saling berkongsi suka dan duka. tidak seperti sahabat pada istilah yang bertindak menjauhi diri kala kita kecapi bahagia. namun, dikala kita ‘gembira’ dalam duka, percayalah bahawa sahabat inilah yang akan menghulur bahunya demi menopang hiba kita. jauhari jualah mengenal permata; tapi tidak semua jauhari mampu melombong permata. saat sahabat pada bahasa sedari kita senyum dalam sendu, sahabat pada istilah lebih dahulu mencapang telinga bersedia mendengar rintih tangis kita. betapa sahabat pada istilah dapat menelusuri setiap yang tersirat pada kita pantas berbanding sahabat pada bahasa. walhal 86400 saat kurnian-NYA, tidak sampai 1/8 dari itu kita bersamanya. inilah yang disinonimkan sebagai kesatuan akal dan hati. sifat mendorong kita mencapai matlamat bersama pula adalah satu peribadi sahabat pada bahasa. dan adakalanya sifat ini lebih menjurus kepada matlamat sdn. bhd. sahabat pada istilah pula, dalam konteks ini terasa seperti ’si bodoh’ yang tanpa jemu meniupkan semangat juang pada kita demi mengecapi matlamat yang hanya untuk kita samata [bukan untuk dirinya mahupun untuk kepentingan bersama].
mampukah kita membahagiakan diri dengan membahagiakan orang lain? satu eksperimen panjang terhadap diri sebelum sebarang hipotesis dapat dikenalpasti. hal ini sebenarnya dapat dibuat oleh semua orang tapi sekadar pada lafaz lah kan. untuk melaksanakannya dengan tindakan….kurang pasti. kerana tidak semua punya kudrat untuk itu. melampau jika dikatakan tiada kerana DIA memang kurniakan kudrat itu pada kita, cuma kita yang gagal mengesan letaknya kudrat itu pada diri sendiri. masih tercari-cari dan bila terjumpa diri kurang yakin ataupun tidak sanggup untuk laksanakan tuntutan : ‘yang penting kau bahagia~aku tak kisah’. yalah..mana aci kan [aci kat india]. mana adil; ~tun nira mencari kera, orang lain gembira kita melara~. hati sendiri yang tidak mahu mengakui hadirnya kudrat itu atas alasan hati sendir sudah tebeban, walhal hati itu sebenarnya sarat hasad dan iri. inilah yang dikatakan berfikir dengan hati semata…..jelas sungguh kita ingin menolak kehadiran kudrat itu. semua ini bergantung pada tindakan. cuba fikir guna hati+akal. kenapa mesti guna keduanya? kerana jika guna hati semata maka mati dan jika guna akal semata pula radikal. saat inilah akliah perlu laksanakan modus operandinya; memotivasikan hati supaya sukma terpujuk untuk tidak garang menghalau kudrat yang penuh mulia itu singgah beristirahat. akliah juga seterusnya perlu perlu provokasikan perihal kudrat itu pada sukma yang kerasnya bak kerak nasi cuma. andai kudrat ini mampu mendominasi peribadi insan akan lahirlah lagi ramai sahabat yang dikelaskan pada istilah.
* hendaknya kita tergolong didalamnya….
menjadi sahabat pada bahasa kita mungkin menepati ciri, tapi layakkah kita menjadi sahabat seperti yang distilahkan? ~raga merewang mencari satu, bila terjumpa satu; jiwa jadi was-was dengan upaya diri untuk diiktiraf sebagai sahabat pada istilah~ rasa ini hadir untuk meyakinkan diri supaya memelihara persahabatan itu sebainya tanpa gusar atau ragu dan tidak sekali-kali mensia-siakannya. selayaknya kita menjadi sahabat pada istilah jika rasa ini benar-benar bertandang. datangnya rasa ini seikhlasnya demi merungkai musykil pada jiwa tadi. disini akal harus bijak menimbang tara. kerana kala inilah akan ada sahabat dari kalangan bahasa tampil mempamerkan lagak yang dipinjamnya daripada sahabat pada istilah. sengaja cuba meraih pengiktirafan kita melalui lakonan semata. kepakaran berlakon kurnian-NYA disalahguna. matanya yang melihat kita bisu mendorong akalnya untuk berfikir yang kita pekak; lantas sahabat ini mengambil kesempatan menikam tatkala kita berpaling. ~sayu~ kita yang sebenarnya melihat dengan mata hati, mendengar dari setiap denyutan nadi dan berbicara pada setiap tingkah akan berasa simpati pada sahabat ini.pasti! bukan cuma dia gagal menjadi sahabat pada istilah malahan pada bahasa juga. ~namun jangan kerana itu kita melabelkannya sebagai musuh.tentunya kita tidak mahu punyai walau seorang musuh kan?~
usah kalutkan hidup. berebut menjejak sahabat walhal diri sendir tidak mampu menghulur salam persahabatan dan dalam situasi lain berusaha sejujurnya untuk menjadi sahabat tanpa kisahkan kesudian orang lain. ALLAH MAHA AGUNG sahabat sekalian…setiap ciptaan-NYA berbeza antara satu sama lain. manakan dapat dianalisa peribadi satu persatu. sukar untuk menilai setiap insan dalam mencari sahabat yang sempurna ~memangnya kita yakin tiada yang sempurna melainkan yang MAHA SEMPURNA ALLAH SWT~ cuma sekurang-kurangnya mampu bersatu dengan kita pada akal dan hati[dua organ anugerah-NYA yang hanya ada satu pada setiap insan]. kenapa tidak dua seperti tangan, kaki, mata, telinga atau lainnya? kerana itulah fitrahnya. itulah kaifiatnya. disinilah perlu kita mula mencaarigali dimana letaknya akal dan hati yang ‘lagi satu’ itu. tapi haruslah dengan kesatuan.
bila nafsu bertamu orang kata ‘tepuk dada tanya selera’, bila tuntutan hukum pula bertandang orang akan bisik ‘tepuk dada tanya iman’. tapi bila isu sahabat yang dipropagandakan biasanya orang akan ‘detik pada hati, selaraskan pada sukma, dan tanya pada akal’. cendekiawan purbakala berkias ‘yang kurik kendi yang merah saga, yang baik budi yang indah bahasa’. betapa bahasa itu indah sama seperti sahabat pada bahasa. sejauh mana indahnya? duniakah? akhiratkah? atau keduanya? kalau keduanya, layaklah kiranya dia diiktiraf sebagai sahabat pada istilah. mencari sahabat amat mudah, semudah memetik jari. tapi mencari sahabat yang ‘benar-benar sahabat’ amatlah sukar. sesukar mencari butiran intan dalam deraian kaca. untuk itu usaha mencari sahabat menjadi satu keperluan yang wajib. itupun andai diri menuntut untuk miliki satu. sebenarnya tanpa diri menuntut, fitrah lenih dulu menghujahkan usul perlunya satu sahabat yang memang sahabat.
# untuk mencari sahabat pada bahasa kita boleh gunakan mata yang dua tapi untuk miliki sahabat pada istilah gunakanlah mata hati yang ikhlas..endofthebeginning..
Comments