m a k n a - d e f i n i si


salam penuh rahmat terindah.

pejam-celik-pejam-celik, sudah pun kaki menginjak hari-hari penghujung tahun 2011. sedar-pengsan-sedar, sudah pun cepu kepala kembali tepu dengan AZAM tahun 2012. ada AZAM baru lagi? AZAM 2011 lunas belum? tepuk dada tanyakan fikir..

kali ni aku kongsi sedikit hasil bicarawara aku dengan adinda aku yang berempat. dan bersekali juga dengan adinda aku yang jauh berbatu di sana. you know who you are bro.. chewah!! 


malam tu agak membosankan. malam-malam sudah masing-masing masih dengan semangat SAIDINA yang berapi. diorang saja. aku, seumurnya jadi yang pertama bankrupt. Jadi malam tu, sambil-sambil adik aku si Li Po buat housekeeping (yang dibuat setahun sekali, hehe!), and since Jebat, Teja, Le-Q ada sekali, aku pun throw laa a few soalan cepu berlian. random.
  1. CINTA
  2. DUIT
  3. HIDUP
  4. GADGET / STUFF
  5. 10YRS
here goes their answer :
 
hang tuah : cinta itu JUJUR, duit itu CITA-CITA, hidup itu TENANG. Yang lain belum berjawab. credit habis gamaknya.

hang jebat : cinta itu JUJUR, sebab itu yang harus ada dalam relationship and kadang tu dia terpaksa jujur sebab dipaksa gf nya. haru. duit padanya GEMBIRA, sebab boleh jumpa kepala 'nenek' kat situ. fuse kepala adinda aku ni memang adakala tu rosak. hidup pula dia define as keIMANan. sebab dengan IMAN saja yang akan bantu kita kembali ke pangkal jalan and yakin yang hidup tu cuma lokasi transit, bukan destinasi sebenar. gadget / stuff that he wish for, FENDER and BMW mata bulat katanya. entahlah rupa apa BMW tu. in 10 years time, dia aim untuk jadi owner 5 buah cyber cafe. All the best bro..

tun teja : cinta itu YAKIN kerana YAKIN itu bermula dari cinta. erk? btol ka? hidup itu baginya sekadar ILUSI sebab dunia ni hanyalah sebuah pentas. puitis dowh! duit baginya melambangkan keRUNTUHan. gadget favourite, GALAXY NOTE and in 10 years time, dia harap dapat jadi PAKAR. mungkin pakar cari-gali, sebab dia ni teringin jadi ahli arkeologi. bukan cincai eh!

hang li po : cinta itu SETIA, sebab SETIA itu paling penting dalam suatu relationship tu. jangan tanya kenapa cuma SETIA, dia kata tanyalah bulan. ni lagi satu jiwang-karat-besi-galvani. hidup adalah KEJAYAAN, sebab dalam hidup kena mencapai sesuatu. favourite gadget, MP4. duit padanya lambang keMEWAHan, sebab sekarang ni kan zaman duit jadi raja. bila ditanya apa akan jadi lagi 10 tahun akan datang dia jawab, berKERJAYA. insya'Allah.


hang le-Q : cinta padanya adalah SAYANG sebab ia berkaitan dengan dua insan yang saling SAYANG. skema gilak!! hidup padanya berUBAH. setiap manusia yang hidup itu pastinya akan melalui perUBAHan berterusan. duit padanya melambangkan keHORMATan, macam PM katanya, pegang kuasa kewangan dan damaikan hati sekalian jelata. dia bukanlah bagi jawapan direct macam tu. tapi lebih kuranglah maksudnya. aku tolong interprete ja. gadget atau stuff yang dia teringin miliki, kereta Proton P321. rupanya macam mana, i've no idea. dan in 10 yrs time dia harap ble habiskan MASTER. 


pada aku pula : 
cinta = restricted
duit = suffer
hidup = complicated
gadget = lomocam
10 yrs time = debtless
 

till next n3,
wassalam...

Comments