I K H L A S ?
Setinggi langit berlapis tujuh syukur dipersembah
kepada DIA empunya rencana. Walau hayat buana aku ni sepertinya terlebih
hempedu berbanding madu…Yakin saja ada rahmatNYA menanti di momen yang
mendatang. Insya’Allah.
* Persoalannya : Adakah aku IKHLAS pada kata YAKIN
tu?
Walau beban yang memberati pundak serasa menjerut
tengkuk sampaikan tenggorokan aku ni tersengguk-sengguk memberi laluan aliran
O2 dan CO2, masih juga syukur ku kepada DIA setinggi langit berlapis tujuh.
* Persoalannya : Adakah aku IKHLAS pada kata SYUKUR
tu?
Walau kudrat tulang empat kerat aku seperti melayang
semangatnya dibawa bayu tempias Haiyan yang melanggar Filipina itu hari, tetap
juga aku gagahi hari-hari mendatang. Sebab aku percaya pada janji DIA yang
mencatur : Tidak akan dibebankan seseorang itu, melainkan dengan beban yang
tertanggung olehnya.
* Persoalannya :
Adakah aku IKHLAS pada kata PERCAYA tu?
Heh! Berapa banyak soalan daa????
Aku sangat yakin setiap yang DIA rencanakan untuk aku
punya rahmat tersendiri. SANGAT YAKIN.
Tapi jujur cakap, ada masanya aku rasa rahmat Allah tu jauh bangat sih!! Rasa
macam tidak dirahmati pun ada juga. Sebabnya…
1.
Aku sedar banyak sangat dosa dengan DIA. Janji
kononnya mahu menjaga solat, menjaga aurat. Tapi masih juga bangkit Subuh bukan
alang-alang liat. Masih juga kaki menyarung selipar mempertontonkan aurat.
2. Aku sendiri cemeh definisi rahmat tu rasanya. Orang
cetek ilmu macam aku ni, itu suatu yang normal la tu. Malas pula mengaji dengan
orang-orang alim.
Syukur ku pada
DIA, sungguh la setinggi langit bertingkat tujuh dan malah sedalam bumi
berlapis tujuh. ALHAMDULILLAH. Tapi
jujur cakap, syukur ku itu ada masanya seperti ucapan dibibir semata. Tiadalah
ia terserap dihati. Walau akal dipaksa merasuk rasa syukur itu berulang, masih
juga hati itu berlagak tanpa sedikit pun terencat ia dek tusukan syukur itu.
Mungkinkah…
1.
Hatiku terlalu gelap mengalahkan lapik tinted yang
digariskan JPJ?
2.
Hatiku sudah teramat nazak sampaikan terencat-hilang
deria untuk mengesan syukur tu?
Aku 100% percaya pada segala yang Allah janjikan untuk
aku. AMAT PERCAYA. Sebab tu, walau
sesak-sempit-semput-sengkek macam mana sekalipun, aku tetap masih punya berbaris-baris
senyum untuk dikongsikan dengan sekalian yang ada. Cumanya jujur cakap,
biasalah…
1.
Aku selalu juga tertanya-tanya, bilalah agaknya beban
aku ni akan berpergian?
2.
Aku selalu musykil, apasal orang tu, solat pun tidak,
menjaga Islam jauh sekali, tapi nampak dia santai saja hari-hari tanpa ada riak
sesak-sempit-semput-sengkek?
Payahnya mengukur ikhlas diri. Jelasnya kerana penanda aras IKHLAS itu, mutlak milik si penerima. Biar si pemberi berjuta kali menyatakan keIKHLASannya memberi, tetap juga si penerima saja yang tahu andai dia benar IKHLAS atau sebaliknya. Jadi selepas ini, jangan perlu persoalan IKHLAS diri diberatkan. Buat yang dituntut, tinggalkan yang dilarang. Tahulah DIA menilai. Memang bukan kerja kita pun untuk me-nilai-meng-gred ni kan?
Apa-apa pun, jauh diceruk sukma aku ni kedengaran
sayup…
# Allah kata; ujian tu tanda sayang : Itu sudah cukup untuk
aku pujuk diri sendiri
# Allah kata; ingatlah padaKU, akan tenanglah hatimu :
Itu sudah cukup untuk aku arah diri supaya pusatkan fokus pada DIA
# Allah itukan MAHA PENOLONG : Kala usaha kita sudah
sampai kemuncak, berserahlah dan yakinlah pada DIA
Sesungguhnya, DIA tidak pernah memungkiri janji.
Salam sejuta ampun andai ada terjentik hati, terlempang jiwa.
Jujur dari sukma, entri ini tiada lain sekadar peringat diri sendiri cuma.
Yang indah itu dari DIA, dan yang buruk itu dari aku jua.
Salam penuh CINTA buat anda.
Till next n3,
wassalam...
Comments